Monday, June 21

bengang..

hari ni mood aku ok jer. Don tak balik pun semalam. pagi ni baru dia balik, itupun setelah QM call tanya kenapa tak balik malam tadi. aku pun seawal 10 pagi dah start masak nasi dan lauk2 yg ala kadar. sebab aku tahu Don nak makan nasi. bila dia sampai aku tinggal nak masak sayur jer, so dia pun duduk lah makan. aku layan macam biasa je lah. lepas makan dia lepak depan tv ngan anak2. aku pula sibuk di tingkat atas untuk basuh baju dan kemas apa yang perlu. jam 2 ptg baru dia naik mandi dan apa lagi... tidurlah... QM dan AS macam biasa duduk dalam bilik lah bermain dan kacau Don... ialah jarang ada masa bersama..

5 ptg don turun nak makan nasi lagi.. dia tanya "takde sambal ker?". aku pun bangun dari depan tv terus masuk dapur buatkan sambal ikan bilis untuk dia. dia pun makan lah nasi. setelah QM dan AS mandi senja tu. Don pun kata "siapa nak ikut abah pi Mc D?" "tunggu abah mandi sat, abah nak keluar pi meeting, boleh lah kita beli Mc D dulu". QM pun seronoklah dengar pasai dia memang hantu fast food.

Maka merekapun menunggulah Raja Don bersiram, bersiap, berwangi-wangi untuk keluar. setelah siap, dia memproses keretanya dulu... mengeluarkan segala stokin kotornya dan diletakkan atas almari kasut... "nanti basuh stokin ni" kata Don. aku diam ajer. kemudian dia kata "tolong ambil baju yang saya sangkut kat tangga tu"... aku pun bangun dari sofa dan terus pegi amik baju kemeja yang aku agak dia akan pakai esok. aku pun bertanya " ni dah bawak baju, esok pagi tak baliklah?". dengan angkuhnya dia menjawab "balik buat aper?"

terus darah aku go upstairs. aku kata "balik buat aper?"...."balik buat aper?"...."balik buat aper?" ...."ko ni takde anak bini ker? boleh tanya pulak balik buat aper". aku pun amik stokin dia terus campak depan pintu. Don pun terus dukung AS, aku pun suruh QM ikut. "pi...pi ikut abah hangpa beli Mc D... tadi dia kata nak beli Mc D kat hangpa... pi tuntut." QM pun keluar dan terus naik kereta Don.

Setelah 20 minit berlalu Don pun balik.. aku nampak QM pegang plastik berisi satu biji burger yang dibeli dari gerai burger biasa berdekatan dengan rumah kami. aku tanya QM "mana Mc D? pasai apa tak beli Mc D?" QM jawab "abah kata duit tak cukup...." Don pula terus pungut stokin2 yng aku baling tadi dan letak balik atas almari kasut. laaa aku ingat nak pungut masuk dalam kereta balik...dia boleh letak balik atas almari kasut tu dan expect aku untuk basuhkan... aku kata dengan dia..."lain kali jangan janji dengan anak kalau takde hati nak tepati.. lain kali tak payah sebut Mc D, cakap jer burger biasa"... takde lah QM bengang... selalu sangat dia janji macam2 ngan QM dan AS tapi payah nak tepati... dia hanya bermulut manis jer, bagi sedap telinga dengar tapi tak bermaksud pun nak tepati apa yang dia cakap. aku bengang betul..

aku bengang dia janji lain dengan anak dia tapi dia beli lain dan aku bengang bila dia kata "balik buat aper". aku ni siape? orang gaji jer ker? anak2 tu saper? aku tabik dengan Don... tak pernah satu hari pun dia balik  tanpa menyakitkan hati aku ataupun buat aku sedih.

kalau nak aku... amik semua dari A to Z, dari baik sampai yang buruk, dari hujung kepala sampai hujung kaki, dari depan sampai belakang, dari elok sampai yang tak elok. kalau tak mahu kat aku.... jangan amik terus.... jangan pilih2 apa yang dia nak, apa yang dia taknak.... aku letih lah...

 take all of me or nothing at all.