Tuesday, June 22

yang lebih baik...

1)
jika cinta sekadar rasa,
pasti hati akan tersiksa,
jika cinta sekadar ucapan,
manusia pasti dalam kebinasaan,
jika cinta sekadar pengorbanan,
tiada jiwa ini merasa aman,
cinta sejati adalah perasaan,
terungkap dengan ucapan,
tertuang dengan pengorbanan.

2)
Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segala isi hati....
segala apa yang telah, sedang dan bakal berlaku...
Kekadang cinta adalah ketika kita melepaskan orang yang kita cintai
bukan kerana kita tidak mencintainya lagi tapi
kerana kita tahu orang yang kita cintai akan lebih bahagia tanpa kita...

3)
Bila hatimu berdepan dengan ketidak pastian, maka adukanlah ia kepada Allah.
menjadi hamba yang sentiasa berserah diri pada-Nya.
Semoga hatimu tenang menghadapi setiap persoalan dalam kehidupan.
Berserah dirilah...
Sesungguhnya dia mengetahui segala isi hati dan mengetahui segala yang tersembunyi.

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kpdnya (Ibrahim), "Berserah dirilah!"
Dia menjawab, "Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam."
(Al-Baqarah; 2:131)

Tawakal kepada Allah itu amat manis dan indah rasanya apabila menjadi menusia yang berserah diri
dan membulatkan hati pada Allah. Tawakallah setelah kita berusaha kerana keputusan itu milik Allah
dan usaha itu milik kita sebagai hamba.

"....barangsiapa tg bertakwa kpd Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jln keluar. Dan memberi rezeki kpdnya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yg bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendaki-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bg tiap-tiap sesuatu. - Ayat Seribu Dinar- (At-Talaq: 2-3)

Hati yg resah gelisah akan dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan setelah membulatkan perkara ini kpd-Nya. setelah buntu mencari jalan keluar, berserah pada Allah, Tuhan yang Maha Tahu. Akuilah kita sebagai hamba tidak mampu berfikir sejauh melihat masa hadapan, melihat mana satu jalan penyelesaian yg terbaik pada sebuah permasalahan di sisi kita yang tidak punya ilmu padanya. Ibarat sebuah kapal yg berlayar, bila tersesat jauh di lautan, hilang kompas dan peta ditangan, lihatlah bintang di langit sbg penunjuk arah. Semuanya berbalik kepada Allah. Letakkan dahi separas kaki, pohon pada-Nya yang Maha Mengerti & Mengetahui segala isi hati.

Bila terlalu cuba memerah keringat, minda berfikir ligat hingga terbawa-bawa dibisik syaitan dan nafsu, kita harus sentiasa beringat. Kembali kpd-Nya. Sentiasa berbicara dgn-Nya. dia sebenarnya merindukan rintihan hamba-hamba-Nya, mungkin itulah sbb kenapa kita ditimpakan masalah dlm kehidupan kita.

Jadilah hamba Allah bukan pada nafsu, bukan pada dunia dan seisinya. Tawakal kpd Allah bererti membuktikan penyerahan diri kita kpd-Nya. Tawakal itu manis. Tawakal itu indah. Indah hidup bersama Allah, menjadi Muslim sejati hingga ke hujung nyawa. Hidup untuk Allah, mati jua untuk-Nya.

Allah tidak pernah mencabut sesuatu drp anda kecuali DIA menggantikannya dgn yg lebih baik. Tetapi itu apabila anda bersabar dan tetap redha dgn segala ketetapannya.

Sesungguhnya tidak ada satu pun yg hilang dari kita.... kita amat beruntung krn Allah selalu menurunkan sesuatu kpd hambanya dgn "surat ketetapan" yg di sela-sela huruf Kalimah-Nya terdpt satu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa sahaja yg tertimpa musibah yg hebat, hadapilah dgn sabar, mata yg jernih dan pola fikiran yg panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu.

"....Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)." (Al-Fath:18)

~ tidak selamaya rasa sakit itu tidak berharga, sehingga harus dibenci. Krn kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.~

:- di petik dari status dan Note kawan-kawan aku di FB