Salah ke kalau aku mengatakan apa yang aku rasa? Tapi bagi Don dia kata aku membebel...
Dia tanya aku soalan atau menuduh aku tentang sesuatu perkara.. of course kita akan jawab, betul tak?
Kalau aku rasa tuduhan dia tidak benar maka dengan pantaslah aku menjawab. Dan aku akan katakan tidak lalu memberi bukti2 tentang kebenaran aku terhadap tuduhan dia tapi dia akan kata yang aku ni membebel...
geramnya aku... bila aku tanya dia pulak, dia akan diam seribu bahasa dan tak menjawab apa pun soalan aku dan bila aku tuduh dia tentang sesuatu perkara pun dia diam ajer... tu yg buat aku bengang dan aku buat kesimpulan yang memang benarlah tuduhan aku sebab dia tak menjawab untuk menegakkan kebenaran..(seandainya dia dipihak yg benarlah kan)... bila aku kata "hah betullah aku cakap" dia akan jawab "cakaplah apa pun" "tuduhlah..." aku bengang betul....
Sekarang semuanya rahsia. apa pun soalan yg aku tanya dia tak akan jawab terutama tentang kerja dia dan sekiranya QM call tanya dia kat mana, dia akan jawab kat luar... dia tak akan bagitau dia ada di mana... kalau QM tanya lagi dia akan kata "ini ibu suruh tanye ker?"..."ini mesti ibu yg ajar"... sakit betul hati aku... QM tu dah besar... sikit sebanyak dia dah faham tapi Don ni yg tak faham2. Salah ker kalau aku dan QM tanye dia ader kat mane? apasal susah sangat nak jawab? Apa yg rahsia sangat? awat takut aku pi ushar ker? malaslah... kecuali lah kalau Don ada sesuatu yg nak disembunyikan jadi dia tak akan jawab le.
kenapa mesti ade rahsia? kalau betul keluar bekerja dan tak ada niat lain... salah ke kalau bagitau kalau aku tanya? ini tak asyik2 jawab "ada kat luar". aku ni takde haq ke nak tahu? aku rasa betul2 macam orang gaji dia ajer. basuhkan baju dia, masakkan untuk dia, buatkan air dia, gosok baju dia. tolong dia bila dia perlukan pertolongan tapi aku tak boleh tahu mana dia pergi, kenapa dia tak balik, siapa dia jumpa.. dia suruh aku jangan kacau line dia.. jangan amik tahu aper yg dia buat. dia nak aku duduk diam2 buat aper yg dia suruh tapi jangan halang dia nak buat aper pun... orang gaji kerja pun ada gaji tau... aku dapat aper? dapat sakit hati adalah..
dia pernah kata kalau aku tahu semua nanti aku nak control life dia... life aper? dia bukan orang bujang yang takde tanggungjawab pada aku dan anak2. tapi dari gaya memang dia rasa aku bukan tanggungjawab dia... aku kena pandai2 sendiri untuk survive.. dia cuma amik tahu hal anak2 jer.. tapi yg syoknya dia taknak pulak lepaskan aku...pasai aku ada guna bagi dia buat masa ni... akan sampai satu masa yg aku ni dah tak guna lagi dengan senang hati jer aku rasa dia jentik aku blah. bila aku cakap benda ni kat dia...sikitpun dia tak jawab atau menafikan... dasatkan? so betulke apa yg aku sangka?
aper aku rasa.... aku rasa sedih yg teramat sangat... kecewa macam nak mampus... rasa macam hati ni berkecai2... macam tak sangka dia akan sampai tahap macam ni benci ngan aku... malam memang aku tak lena memikirkan dia... mula2 dulu aku call gak dia tiap2 mlm tanya "balik tak malam ni" dia selalu menjawab dengan nada yg marah "tak" atau "tengoklah camane"... last2 aku kuat kan semangat supaya tak call dan tanye. aku hanya akan call bila ada perkara yg perlu saja melibatkan anak2. huiii... dia sukalah aku tak call dia... lagi seronoklah dia aku tak tanya dia ada kat mana, balik ke tidak... tapi dia tak tahu teruk gak aku menahan diri dari call dia...
dari dulu aku dah biasa aper2 aku bercerita ngan dia, kiranya dia mcm best friend aku lah gak... kalau aku rasa suka ker, marah ker, geram ker, sakit ker, penat ker tentang apa2 perkara pun aku cerita ngan dia tapi sekarang rasa macam orang bodoh..tak tahu nak cerita ngan siapa... nasib baiklah aku ada carla dan cindy tapi depa pun takkan larat nak dengar aku cerita macam2 hari2. itu yg carla suruh aku tulis blog. sunyi memanglah sunyi... yelah... dia ada pun macam takde... tak bersembang apa2 kecuali bab anak2. kadang2 sampai aku rasa tak boleh pandang muka dia. sebab setiap kali aku pandang aku rasa nak menangis.. rasa sedih peringkat gaban, rasa frust... aku rasa macam nak menjerit jer nak bagi dia faham apa aku rasa.. tapi aku tahu nanti dia akan cakap "membebel ajer"
macam mana cinta boleh bertukar benci pun aku tak tahu... aku tahu.... pasal pompuan ---- tu. aku tak pernah mimpi pun yang satu hari Don akan benci kat aku tapi inilah kenyataannya sekarang. aku kata kat dia, kau matahariku... yang selalu menyinar dan aku bumi yang mengelilingimu... setiap aper yg aku buat dari dulu pun selalu berpaksi pada dia...tapi rupanya aku ni perasan sorang2 dia tak pernah pun menghargai aku, tak perasan pun aper yg aku buat selalu aku dulukan dan lebihkan dia...wajarkan...diakan Don aku... aku tak pernah harapkan balasan tapi aku tak pernah sangka dia tak perasan pun apa yg aku buat selama ini.
betullah dia mementingkan diri sendiri...asal dia lepas jer ok... aku tak lepas nasib aku lah...pandai2 lah cari jalan sendiri. macam aku ni bukan sapa2... tak penting bagi dia. penting bila dia perlukan sesuatu untuk diri dia.. aku selalu kena bekorban untuk dia tapi dia tak pernah nak bekorban untuk aku...walau dari apa segi sekalipun.. sekarang pun aku tengah bekorbanlah ni... bekorban jiwa dan raga yang kecewa tapi tak dapat nak rawat hati yg luka sebab hari2 tengok muka orang yang kecewakan kita tapi tak dapat nak buat apa2.
so aku ni membebel ker macam yang Don selalu kata?