Thursday, November 25

mimpi sedih tntang dua pengkhianat..

hari ni dah genap seminggu aku bangun tidur menangis. aku bangun tidur dalam keadaan badan bergegar-gegar tengah menangis tersedu-sedu kesedihan. setiap malam aku bermimpi akan pengkhianat 2 orang tuh. dah lah hari siang aku di ganggu dgn kenangan2 pengkhianat tu. dalam tidur pun dia ganggu gak.. setiap kali bangun aku tak ingat mimpi aku tapi yang aku pasti mimpi aku pelakon utamanya adalah pengkhianat dua orng tu buat aku sampai menangis... tension betullah.

maybe because minggu ini adalah permulaan baru dalam hidup aku.. permulaan baru yang tak pernah aku mimpikan sebelum ini... aku kena kuatkan semangat dan meneruskan hidup dengan anak2 aku tanpa pengkhianat tu. aku dalam planning untuk buka kedai dgn bantuan kawan2 yang sudi nak beri tunjuk ajar dan tolong aku teruskan hidup dan stabilkan income aku. aku berazam walau sesibuk mana pun aku nanti... aku takan ketepikan anak2 aku. mereka yang pertama dalam hidup aku...

aku tak nak jadi macam pengkhianat tu yang letak kerja dia di tempat pertama dalam hidup dia sehingga kan dia tergamak suruh aku dan anak2 berkorban demi kerjaya dia dan dia sanggup berpisah dengan kami demi kerja dia. aku ingat lagi QM begitu cintakan abah dia... setiap hari dia akan suruh aku call abah dia tanya abah balik tak hari ni... dan setiap kali abah dia akan kata tak balik dan janji akan call lain coz sekarang tengah busy... kerja tapi selalunya tak pernah call balik dgn alasan lupa atau terlampau sibuk.

QM punya muka akan sedih sesedihnya dan kadang2 dia menangis merajuk... dia memang selalu akan tiru abah dia buat apa2 pun dari kecil dulu... dia rapat sangat dgn abah dia masa baby dulu sampai sekarang pun dia yang selalu tanya abah dia.. lain dgn AS... dia dari kecil dah biasa abah dia takde... tak pernah sekali pun aku tengok dia buat muka sedih sesedihnya kalau abah dia pergi atau tak balik tapi jangan kalau datuk dia nak balik kampung... dia akan buat muka macam QM buat and duduk termenung atas sofa lama... kalau datuk dia tinggalkan dia. kalau abah dia pergi... kalau menangis pun pasai nak ikut berjalan... abah dia jalan jer kereta, dia pun sambung lah main...

macam mana sebagai seorang suami dan abah, kau boleh korban kan kami demi kerja kau. sepatutnya kau berkorban demi kami keluarga kau, anak2 kau. untuk apa setiap hari kita melangkah keluar rumah pergi kerja kalau bukan kerana Allah dan anak2 kita. Anak2 itulah masa depan kita. Seandainya kau hilang kerja, hilang semua harta benda dan duit ringgit... apa yang tinggal kalau bukan family kau.. anak2 kau, sebagai tujuan hidup kau, isteri kau sebagai teman yang akan berdiri di samping kau. kau dah terpesong niat kau untuk cari duit untuk keluarga.... baru dengar khabar2 macam nak senang sikit dah ligat cari perempuan pengkhianat.

sekarang...walaupun kau keluarga tapi kau duduk di LUAR... tak sama dengan orang yang duduk di DALAM... sewaktu kau duduk di dalam, kau sia sia kan pengorbanan kami, kau pentingkan diri kau sendiri, kau tak ambil berat pun tentang QM dan AS... tak pernah pun kau nak korbankan masa kerja kau untuk hantar dia pegi sekolah, tak sanggup kau korbankan masa tidur kau untuk tengok dia masuk sukan... kau lebih pentingkan nak tayang ducati kau daripada nak datang dengan aku bawak AS tengok QM berlari masuk pertandingan. Bila sekarang kau dah duduk di luar, baru lah tiba-tiba pulak banyaknya masa terluang kau... boleh plak nak habiskan dgn duduk2 dengan anak2 kau... tapi kalau hari minggu memang takde lah... kau lebih sibukkan perempuan pengkianat tu dari anak2 kau. tapi dah terlambat... anak2 kau dah biasa kau takde... kau ada tak menjejaskan dia orang... kau takde pun tak terganggu pun hidup diaorng. kadang2 aku kesian dengan kau. kenapa sampai begini jadi hidup kau... bila ada kau sia-sia kan dan tak ambil berat langsung, bila dah takde baru beria-ia...

nak tebus dengan duit ringgit? boleh... sekarang pun QM & AS kalau nak makan Mc D je baru ingat kat kau, kalau nak pi ronda jer baru ingat kat kau. kau yang buat jadi macam ni... pilihan ni kau yang pilih... takde sesiapa pun paksa... sedangkan kau tahu kau salah tapi takde satu tindakan pun yang kau ambil untuk perbetulkan kesalahan kau supaya kita tak porak peranda macam ni... kenapa? kerana ke EGO an kau yang tak bagi kau mengakui kesilapan dan menebus kesalahan dengan cara yang betul. ini tak, kau teruskan jugak dengan kesalahan kau.... along the way bertambah banyak lagi kesalahan yang kau buat sampai lah kita jadi macam ni. kau pentingkan diri kau jugak walaupun dah sampai tahap genting dan bertambah2 lagi kau dah jadi gila dengan perempuan pengkhianat tu. betapa....betapa... betapa... kau pentingkan diri sendiri... aku begitu kecewa dengan sikap kau.

aku berdoa Allah Taalla memberi aku kekuatan untuk melupakan kau dan meneruskan hidup dengan penuh kebahagiaan, ketenangan bersama dengan anak-anak aku hingga akhir hayat aku... supaya doa mereka akan melapangkan kubur aku sebelum akhirat menjemput. Aku juga berdoa seandainya kau adalah sesuatu yang tidak baik untuk kami, aku minta Allah menjauhkan kau dari aku dan anak-anak. tapi sekiranya kau membawa kebaikan pada kami, maka biarlah Allah merapatkan kau pada aku dan anak-anak aku. segala-galanya aku berserah pada Allah yang lebih mengetahui apa yang baik untuk kita hambanya.

renung-renungkan lah wahai pengkhianat... berubah dan bertaubat lah selagi masih ada kesihatan, masih ada nyawa di badan.. minta lah nescaya Allah akan beri... tak minta macam mana dia nak bagi... betul tak? Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan menerangkan jalan yang lurus untuk kita pergi kepada Nya. Amin..

Maaf jika aku berkata apa yang terbuku di kalbu ini ada yang mengguris jiwa, andai ada tutur yang menikam sukma, andai ada perbuatan yang menghiris hati, seribu kemaafan aku minta kerana yang salah itu datang dari aku tapi yang sempurna itu hanyalah dari Allah SWT.