Wednesday, August 11

Selamat Berpuasa Semua...




Selamat berpuasa ye semua....

Dalam bulan yg mulia ni aku akan cuba mengelak mengumpat pasal org lain ok. dan aku akan cuba tidak memaki hamun dan mencarut dalam blog kesayangan aku nie... so dalam bulan Ramadhan ni aku nak jadi budak baik....   hihihihihihihihih........ boleh percaya ker?

SMS yg aku terima dari kawan-kawan tengah malam tadi....

SMS dari En. H...heheheeh
Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga akan di kunci pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan......Selamat menyambut bulan Ramadhan...

SMS dari Edward..
Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh, JIKA HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung, Jika hati seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN......Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...

SMS from Jess..
Air nyor air kLapE,
jaTuh tUmpaH kaT waYar Letrik,
esok pUasa jgn LupE,
jGn puLa bUat2 gaStriK....
Selamat berPuaSa..(^.^)

SMS from ABH....
Khamis bagitahu jumaat,
suruh cari sabtu,
takut tak jumpa Ahad,
Sebab dah janji dengan Isnin,
nak bagitahu Selasa,
Yang Rabu ni dah Puasa...
HahahA
Selamat Berpuasa

SMS from Cindy
Salam Ramadhan al Mubarakh.
Semoga Ramadhan ini lebih cemerlang dari ramadhan yang pernah kita lalui.
Dari Cindy & Roy

SMS dari Sheila
Sesungguhnya novel yg paling hebat ialah AlQuran.
Lagu yg paling merdu ialah Azan.
Pakaian yg paling cantik ialah tudung atau songkok.
Senaman yg paling berkesan ialah solat.
Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak

SMS dari Rem
R indu akan kedatangan
A ntara bulan yg penuh keberkatan
M unajat doa dikabulkan
A l Quran, solat jadi amalan
D ahaga & lapar jadi ujian
H adirnya menjadi pentarbiyyahan
A gar bertambah lagi keimanan
N anti perginya meninggalkan KETAQWAAN!
Salam Ramadhan Al-Mubarak

SMS dari Sue
Alamak dah terdelete plak
sorry Sue...

Terima kasih kawan-kawan semua atas ucapan tersebut..

semoga di bulan yg mulia ini kita semua mendapat Keberkatan dan Ketinggian Iman dalam menjalani ibadah puasa.

SELAMAT BERPUASA SEMUA....