Saturday, August 7

Cuci the Musical 2 dan lain-lain.



3hb hari selasa ari tu aku pi tengok lah Teater cuci the musical tu ngan QM, Tess dan 3 org lagi kawan Tess.
kami beli tiket yang paling murah ialah kami ni golongan kurang kemampuan. Tess dan aku beli tiket tu ari Sabtu 31hb July. Tapi masa beli tu memang tinggal seat yang paling last sekali. Malam tu kami tiba lambat sikit pasai Don amik AS untuk dijaga dan pusing cari parking takde pasai full house so kami end up parking tersangatlah jauuuuuuuhnyer. Masuk dalam tu teater dah mula dgn opening act tapi kami tak dpt tengok pasai salah seat dan salah tingkat. Rupa-rupanya tingkat kami yg paling atas sekali dan seat kami yg paling belakang sekali. Aku tak paham apasal Istana Budaya jual seat tuh... tak nampak siut.... bila pelakon tuh ke depan sikit semua orang di tingkat kami tuh berdiri pasai tak nampak...dah lah seat kami yg paling belakang sekali. aku kesian ngan QM sbb dia tak nampak. so most of the time dia duduk atas lap aku.

Aku tahu lah tiket untuk seat tuh yg paling murah sekali iaitu RM33 tapi tak patutlah sampai tak nampak. Jauh tuh tak kisah tapi sebahagian besar pentas tuh tak nampak... yg paling jelas hanyalah bahagian tengah hingga ke belakang so bayangkan bila pelakon tuh ke depan sikit dah tak nampak...bengang gak aku tapi nak buat camne RM33 jer yg aku mampu. Cerita dia best gak. cerita lawak especially si Nabil tuh ada tapi watak yg paling berkesan aku tgk ialah Awie coz watak dia macam lembut2 gitu. Nabil tuh macam dia je lah. Hans ngan lain2 tuh ok lah. cerita lawak so depa berlakon pun santai jelah maybe ada lah kot tambah2 dialog lawak. aku rekemen lah korang pi tengok tapi aku tak rekemen lah seat yg kami duduk tuh... aku rasa seat tuh pun tak patut di jual, patut bg free jer org duduk. Masa kat Matic dulu pun kalau duduk belakang pun takde lah sampai tak nampak cam ni.

lagi satu cerita dia 4 jam. Hah.... amik ko! macam tengok cerita hindustan. start kul 8.30 mlm, habis kul 12.30 mlm. Intermission kul 10.30 mlm. aku time rehat 5minit tuh pungkok aku panas dah nak balik coz aku risau kan AS dengan si Don tuh.... dan aku kesian kat QM pasai dah mengantuk. dah lah esoknya QM sekolah. Kiranya second half tuh aku dah tak berapa enjoy pasai hati dah risau dah pikir nak balik jer. Tapi cerita dia mmg best cuma aku ni bila hati dah risau tak boleh concentrate sangat. Tapi Tess dari mula cerita sampai habis gelak dia yg paling kuat dan tak berenti. dasat betul aku dengar dia gelak. setidaknya ada gak org yg happy mlm tuh kan.


Lain-lain.....

aku bengang dgn diri aku sendiri pasai aku dah tahu Don macam tu tapi still aku boleh terluka dgn perangai dia. every week ada jer perbuatan dia yg buat aku sakit hati tapi yg tak syoknya aku dah tahu dia mesti akan buat aku sakit hati tapi kenapalah aku still sakit hati. cindy kata because aku still care kat dia tuh pasallah aku akan terasa hati apa-apa yg dia buat. Don tak rasa apa-apa sbb dia tak ada apa-apa perasaan dah kat aku sbb tuh dia boleh selamba jer dan tak rasa apa-apa kalau dia sakit kan hati aku atau aku sakitkan hati dia. Dia dah ada org lain so dia tak heran dah dgn aku. cindy kata kalau aku ada org lain pun lama-kelamaan aku pun dah tak rasa apa-apa pun kalau dia buat apa-apa.

heiii... aku marah dgn diri aku yg still boleh terluka dgn perkataan , perbuatan dan dgn silence Don. Aggghhhhhhhhhhh aku tension........ aku nak Don rasa apa yg aku rasa...... aku nak Don suffer macam mana aku suffer...... aku nak Don menyesal atas segala apa perbuatan dia kat aku....... aku nak Don merasa sunyi dan sepi yang teramat sangat sebagaimana aku rasa sunyi dan sepi bila dia tak pedulikan aku dan layan betina sial tuh.... aku nak Don bagi hak aku yg selama ini dia abaikan dan bg kat betina tuh......aku nak Don rasa macam mana rasa tak disayangi dan tak dipercayai oleh orang yg dia sayang..............aku nak Don mintak maaf kat aku dengan penuh keikhlasan dan penyesalan yg teramat sangat ..........  aku nak Don tinggalkan betina sial, babi, sundal, celaka, setan tuh.... dan aku nak betina tuh pun suffer dan merana dan terluka dan menyesal dan mampos.....

aku nak Don menangis hari-hari macam budak kecik macam mana aku menangis hari-hari kerana dia, aku nak Don tak boleh tido malam hari-hari sbb menyesal atas segala perbuatan dia, aku nak dia broken macam mana aku broken, aku nak, aku nak, aku nak, aku nak..... aghh macam-macam aku nak dia rasa dan alami. Jahatnya aku..... MEMANG AKU JAHAT............... SO WHAT............... DON PUN DAH KATA AKU JAHAT SO BUAT APA NAK BERLAKON BAIK!!!.... Betina tuh jer baik.... Don sendiri yg cakap..... aku nak tengok................betapa baiknya betina sial tuh......

So berbahagialah Don dan betina sial tuh atas kesangsaraan orang lain.... memang sepadan lah depa dua orang... dua-dua tak ada rasa penyesalan tak ada sekelumit pun rasa bersalah meruntuhkan sebuah keluarga kerana depa dua orang ni manusia yg mementingkan diri sendiri, yg menjalinkan hubungan atas landasan penipuan, ketidakjujuran, keduniaan dan nafsu semata-mata. Mata hati depa telah di tutup untuk nampak kebenaran... tak pe.... satu hari nanti depa nampak dan segala apa yg aku tulis ni depa akan rasa....

aku nanti saat itu..... SO WHAT!!!.... aku memnag jahat.... aku terluka so aku nak dia pun terluka..... pirahhhh aku nak doakan kebahagiaan depa..... aku tak sebaik tuh ok.