Wednesday, July 21

cinta uda dan dara

Kekasih - Usman Awang

AKAN kupintal buih-buih
                 menjadi tali
                 mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
                menjadi hamparan
                ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
                menjadi selendang
                menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
                menjadi baju
                pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
               menjadi kerongsang
               menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
               menjadi lampu
               menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
               menjadi laut malammu
               menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
               yang membunuh realiti
               dengan syurga ilusi.


Bestkan sajak ni.....

last week pi tengok wayang cerita favourite aku..'eclipse'. hari isnin plak pi tengok teater 'uda dan dara'.
syok tengok love story ni tapi.....
sesungguhnya sekarang ni aku tak percaya dah cinta macam  ni..

aku pernah bercinta. dahsyat punye cinta, macam cerita hindustan...
ada suka, ada duka, ada gembira, ada sedih, ada berpisah, ada bertemu semula, ada berkahwin, ada bergaduh, ada berpisah.

edward dalam cerita twilight saga memang dahsat kerekter dia... aku rasa orang macam ni memang tak wujud tapi orang macam dia lah yang kita cari... betul tak? bukan fizikal dia, tapi diri dia, cinta dia... mungkin dia ujud untuk bella tapi aku tak rasa orang macam ni ujud untuk aku... dia lakukan segala-galanya dan sanggup korbankan diri dia untuk bella... macam uda.... dia memang untuk dara... dia sanggup berkorban untuk dapatkan dara tapi akhirnya terkorban demi cinta dia untuk dara...

ADA KE ORANG MACAM NI?

KALAU ADA... SILA LAH JUMPA AKU...

cinta ni best masa tengah bercinta je... senang nak jatuh cinta, tapi nak kekalkan cinta tu yang payah...
kena ada tolak ansur, saling memahami, menghargai, kena ada pengorbanan. aku sangka selama ni aku dah jumpa cinta macam tu... rupa-rupanya aku ni syok sendiri jer... Don tak de pun berperasaan macam tuh...
baru ada sikit halangan dan badai dah lari jauh. baru ada orang yang mencurah hati dan perasan dah jatuh cinta.... jadi cinta dia pada aku dulu tuh aper? cinta monyet ker?. Jadi selama ni siapa kah aku pada dia... tak layak kah aku pada pandangan mata dia? 12 tahun.... untuk aper? ....untuk siapa?

aku tak paham macam mana orang senang berubah hati... betul-betul aku tak paham.... kalau masa sekolah punya bercinta tuh aku pahamlah sebab takde apa-apa komitmen. jadi apa makna kita bernikah, berkahwin, bina keluarga bersama akhirnya tinggalkan semua tu untuk aper?...... untuk siapa?

kadang-kadang aku rasa tak tertanggung nak bawa perasaan ni, rasa macam tak terbawak tapi nasib baik ada anak-anak... kalau ikut hati aku... aku nak tidur jer atas katil tak nak bangun-bangun dah... aku nak berbungkus jer dalam selimut. tapi aku ada tanggungjawab... aku kena kuat untuk anak-anak... tapi hati aku....? pada siapa aku nak mengadu, pada siapa aku nak bercerita, pada siapa aku nak mencurah perasaan, pada siapa aku nak bermanja, pada siapa aku nak bersandar harapan..? pada Allah. aku kena usaha sendiri apa aku nak.... dah takde lelaki dalam hidup aku dan aku tak mahu lagi lelaki dalam hidup aku KECUALI dia macam Edward dalam novel stephanie mayer.... kalau ada silalah berkenalan dengan aku ok!

macam-macam aku dah buat untuk ambil hati Don sampai peringkat merayu pun ada dulu tapi kalau hati dah tak suka... memang tak boleh nak buat ape... so sekarang aku taknak buat apa-apa dah.... dia jelah kena ambil inisiatif kalau dia nak perubahan. aku akan bagi jer apa yang dia nak.... dia nak aper? dia nak perpisahan... so aku bagi je lah,,,, aku dah cuba pertahankan sampai titisan air mata aku yang terakhir. tapi pertahanan aku roboh jadi aku jadi tawanan perang dan bagi jelah apa yang dia nak.... kalau dia nak perubahan, dia pulak kena usahakan... aku dah serender.

kadang-kadang aku sakit hati tengok dia tak sakit hati... apasal hah? aku rasa macam kenapa harus aku sengsara sorang-sorang tapi dia relax jer... macam takde apa-apa... macam tak sabar-sabar. mungkin orang lelaki macam tuh kot... jenis boleh simpan perasaan, tak tunjuk, boleh asing-asingkan apa yang perlu fikir, apa yang tak perlu... aku pun nak jadi macam tuh... tapi masalahnya aku tak macam tuh... aku macam nilah... aku... akulah.... aku just being myself dan mungkin dia just being himself.... betul lah aku ni membebel macam orang frust.... apsal plak? memang aku frust... habis kenapa?. aku need time to heal my wound.

letihlah....

ok pas ni aku nak buat passport antarabangsa nak pi umrah atau berjalan
aku nak belajar ambil lesen B full. Aku nak ride motor besar round malaysia
aku nak masuk gym
aku nak belajar swimming balik
aku nak buka business sendiri
aku nak jaga diri aku sampai cun tahap gilezzzzzzzzzzzzzzz
aku nak happy
aku nak bawak anak aku berjalan pusing malaysia
semuanya sebab AKU YANG NAK OK.

so jum kita tengok.... adakah aku akan buat aper yang aku nak ni.... hihihihihihi...
aku akan post kan apa yang aku dah buat nanti ok.. i promise ;p