Monday, July 5

Aku redha......


apa perasaan aku ketika ini?
hati aku rasa macam hancur berkecai-kecai....
tak tahu aku nak gambarkan dengan perkataan.
rasa kosong....
aku terpaksa berkorban sekali lagi perasaan aku untuk Don...
Don masih lagi dengan egonya...
apa aku nak buat atau nak tolong kalau dia sendiri tak mahu nak berubah...
hanya Allah yang boleh tolong dia dan aku.

Aku redha apa pun tindakan yang akan dia ambil.
aku berdoa dia di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah.
Semoga Allah beri petunjuk pada dia dan buka pintu hati dia untuk nampak kebenaran.
semoga dia nampak yang mana kaca yang mana permata.
semoga apa pun tindakan yang dia ambil adalah kerana Allah
dan semoga dia menuju ke jalan Allah juga.

marah... memang aku marah kat dia..
kecewa... memang aku kecewa kat dia..
tapi aku tetap doakan di buka pintu hatinya, di buang segala keegoannya dan segala bodoh sombongnya.
dan semoga segala tindakan yang dia ambil nanti, dia tak akan menyesal di kemudian hari.
semoga segalanya yang Don lakukan berpaksi dan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

aku redha apa pun keputusan dia....
aku tahu ada rahmat di sebalik ini semua..
cuma tak tercapai dek akal fikiran kita sebagai manusia biasa untuk mengetahui segala.

aku hanya mampu berdoa dan mengadu pada Allah yang Maha Segalanya..
semoga Allah mendengar segala rintihan aku dan memakbulkan segala doa ku.
aku akan kuatkan diri aku dan semangat aku.
aku tahu diri aku kuat dan aku mampu menghadapi rintangan ini.

aku bersyukur... rintangan ini mungkin akan lebih mendewasakan aku
dan untuk aku mengenali siapa diri aku dan kenapa aku ujud di atas bumi Allah ini.
perkara ini buat aku lebih mengkaji diri aku, kelemahan aku supaya aku berubah menjadi
yang terbaik.

tekad aku sekarang untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini
dan untuk bina sesuatu untuk diri aku sendiri dan untuk memberi lebih perhatian
untuk anak-anak aku dan semuanya aku lakukan untuk mendapat keredhaan Allah.

semoga jalan yang aku akan tempoh selepas ini adalah jalan yang benar dan lurus
yang menuju ke arah Penciptaku.
aku bersyukur ke atas segala-galanya.

semoga Don menemui apa yang di cari selama ini..........
terima kasih di atas cinta mu......
aku amat-amat menghargainya.