Friday, June 25
QM & Don
23.06.2010 - Rabu
Hari rabu baru ni jam 12.30 tgh aku pun spt bisa pi lah amik QM kat sekolah. masuk je dlm kereta, dgn muka masam dia berkata..
"QM taknak p sekolah lagi... nak berenti sekolah... nak p sekolah KAFA sebelah ptg jer..."
"kenapa pulak" aku bertanya
"sebab semua orang ejek QM gemuk...semua orang taknak kawan QM pastu abah takde, dia nak pindah, buat aper QM pi sekolah, berenti jelah.." jawab QM.
"tak boleh lah macam tu.. pedulilah apa orang nak kata, yang penting QM kena belajar rajin-rajin...nanti kalau pandai orang takkan kata apa dah.." kataku memujuk.
"alaa... nak berenti sekolah gak"...rajuk QM.
"call abah...cakap sendiri ngan abah" kataku.
QM pun mendail nombor Don dan mengulangi dialog2 yang diucapkan pada aku tadi.
Aku dengar macam Don pun memujuk juga QM.
setelah habis bercakap dgn Don, QM pun mengadu lagi... tadi kat sekolah cikgu marah sebab buku sains tak hantar... tapi QM hantar... cikgu kata takde... tak jumpa buku tu...
Laaa.... kesian aku dengar... memang betullah ... di rumah takde buku sains tuh... mana pulak dah hilang ni.
so semalam aku pun masa QM balik sekolah pi lah kedai buku sekolah dia dan beli buku tulis sains yang baru.
24.06.2010-Khamis
Malam tadi tengah aku berangan atas katil tiba-tiba ada call... tengok nombor... ehhh Don... tak pernah call lewat2 macam ni..
"hello" aku kata.
"hello... cikgu kelas QM nama aper?''. "aku ingat esok aku nak pi sekolah dia, cakap ngan cikgu dia". kata Don dengan seriusnya.
"oh... baguslah kalau nak pi sekolah dia." aku menjawab
dan aku pun menyambung lah bercerita pasal buku sains QM yang hilang, tentang masa rehat QM, tentang perangai QM...seperti biasa Don membisu aje lah...
habis aku bercakap, Don pun terus cakap.
"ok lah" dan terus letak phone.
panas membaranya hati aku... memang dengar suara dengan cara dia bercakap tu macam orang tersiksa dan menyampah. macam tu lah kut dia tersiksa dengar suara aku dalam phone. tu pasallah dia tak pernah call aku. eiii... tak paham...tak paham betul...
biasalah lepas tu aku pun mana boleh lena...
apa2 yang melibatkan Don pasti akan buat mata aku terbeliak dan otak aku ligat beremosi...
menyampah betul... buku novel habis dah semua aku baca.. nak buat aper hah...
aku pun amik lah buku sudoko dan terus menyibukan kepala otak aku untuk menyelesaikan sudoko tu.
aku tak sabar nak tunggu esok... betulke Don nak pi sekolah QM... kita tunggu dan lihat..