Thursday, June 10

holiday

semalam jam 5 ptg baru sampai dari kuantan. Sampai jer rumah tetiba ajer badan aku letih giler2. apasal hah... 3 hari 2 malam aku kat pantai beserah takde pun letih... elok je mandi laut dan mandi pool hari2. seronok punya pasal lah kut... melayan kerenah anak2 aku.. kami p pun berempat jer. 2 anak aku, adik aku dan aku.. nasib baik gak selama kat sana cuaca ok jer so takdelah kami terperap je dlm bilik. hari kedua p berjalan ke teluk cempedak... tak beli apa pun... bundget... adalah beli 2-3 keychain yg kawan2 pesan. Kami mengelak p mana2 shopping complex.... bahaya tau.... nanti duit habis hehehehe...

syok tau kat sana, kami sewa chalet yg tak jauh dari pantai... so boleh dengar bunyi desiran ombak menghempas ke pantai, suara angin berbisik dan bunyi kicauan burung di luar jendela tapi apasal jiwa tetap kacau? hati tetap berperang dan kepala otak tetap serabut? heii aku jeles dengan manusia macam Don yang boleh ketepikan apa2 masalah yang dia tak mahu fikir ke tempat lain yang tak menggangu kehidupan dia sehari-hari. dia just simply ignore apa2 problem yg dia tak mahu fikir pasai dia dah kata tumpuan dia 100% hanya lah untuk kerjanya sahaja.

apasal aku takleh cam tu hah... aku kata jer tak mahu fikir. simpan elok2 masalah tu dalam kotak dan kunci jer. buang jauh-jauh kuncinya... tapi aku rasa masalah aku ni ada master key lah... bila2 masa je dia boleh keluar dan menggangu fikiran aku... sabar jelah.. ramai org kata aku ni emo sangat... entahlah aku rasa macam betul jer...

surprise... 12tgh malam aku buka mata... rasa macam ada org dlm bilik aku... ya betul... aku nampak Don tgh tukar baju tidur... ehhh... mimpi aper balik rumah ni?..   maybe dia rindu kat anak2 dia lah kut... kat aku... sorry lah... 5 pagi anak aku yg kecik menangis nak susu. aku pun bangunlah nak buat susu... Don pun bangun gak... terus capai hp kesayangan dia dan terus check sms dan buat aper lagi aku tak tahulah... dia memang tidur dengan hp sejak bulan januari hari tu.. dia tidur dengan hp dan kunci kereta dalam poket seluar dia... takut aku baca sms dan selongkar kereta dia lah tu.. heii org bersalah mmg akan sentiasa tak percaya pada org lain.. tak gitu?... aku bengang lah gak... " hah kerja aper yg org hantar sms malam2 buta ni?, ini mesti ntah mana2 girlfriend ko yg hantar!. Kalau aku cakap nanti marah, tapi tak logik org hantar sms tgh2 mlm pasai kerja.". Don pun jawab..."diamlah...membebel ajer".  eiii geram nya... tapi aku pun tak nak panjang2 kan terus jer tidur... buat tak tahu jer ngan dia yg tak habis lagi dok main hp. Kalau kat rumah, memang dia buat silence jer hp dia supaya aku tak dapat cari mana dia simpan kalau dia masuk toilet...
aku kalau dapat hp tu memang aku bakar jer...

seperti biasa sarapan pagi, aku layan Don mcm biasa jelah.. buat air dia, sediakan makan dia, tapi sorrylah nak bersembang2 ngan dia. Sebelum p kerja dia bawak dua-dua anak aku p kedai basikal pasai dah 2 minggu dia janji dengan anak aku yg sulung QM nak p tengok basikal yg QM berkenan. Tengok je lah... beli tu tak taulah bulan berapa lak... pas tu dia p kerja lah.. orang busy... kerja banyak... takde masa.... buatlah sendiri.... (perkataan yg Don suka guna)...agaknya dia rasa dia seorang je manusia yg bekerja dalam dunia ni, org lain takde kerja... heeeiiiiii..